Teknik menggunakan Web 2.0
Hari ini aku ingin bercerita tentang Web 2.0. Walau pun ianya tidak secara detail tetapi bagi aku cukup sekadar anda semua memahami apa konsep sebenar Web 2.0 dan kegunaannya dalam pemasaran dalam dunia internet ini.
Baru sebentar tadi aku mendaftar di laman web 2.0 hubpages, zimbio dan squidoo. Semua ini penting dalam memulakan teknik dan tektik pemasaran. Bagaimana web 2.0 ini membantu dalam pemasaran kita nanti?
Ok, soalan itu mungkin berlegar-legar di setiap kotak fikir bagi mereka yang tidak mengetahui. Banyak persoalan yang akan timbul. Kenapa? Mengapa? Bagaimana?
Secara ringkasnya, Laman ini membantu kerana laman seperti Squidoo dan Hubpages mempunya komunitinya yang tersendiri ibarat laman sosial yang hebat iaitu Facebook. Malah Facebook itu juga tergolong dalam laman web 2.0. Dan untuk kita bertanding didalam ranking seach engine akan menjadi lebih mudah jika kita menggunakan laman web 2.0 ini. Penting diingatkan anda semua harus linkkan laman promosi anda atau laman blog anda ke dalam setiap laman web 2.0 yang anda promosi atau publishkan.
Mengapa perlu link ke laman blog kita?
Jawapannya mudah, ini kerana kita mahukan backlinks ke laman blog kita bertambah dan di indeks oleh search engine dengan lebih mudah. Jadi dengan cara ini kita akan mendapat traffic yang unic dan memang benar-benar mencari niche ataupun keyword tersebut. Mudah bukan.
Ok. Sila perhati gambarajah di bawah ini. Moga anda akan lebih memahaminya.
Cara promosi yang berginilah yang dilakukan oleh semua Internet Marketer. Nampak mudah, tetapi mungkin sukar bagi yang newbie seperti aku ini. Diingatkan sekali lagi pastikan articles tentang niche dan keywords yang anda buat itu Fresh dan tidak copy paste. Cari maklumat tentang niche dan keywords yang anda buat itu dulu. Pastikan articles anda itu benar-benar hebat dan menarik. Sesuatu yang cantik dan menarik itu sangat diminati oleh orang ramai.
Kesimpulan
- Belajar apa itu web 2.0 dan pastikan anda memahami terlebih dahulu.
- Daftar sebanyak mana dengan laman web 2.0 yang ada, terutamanya yang memiliki pagerank yang tinggi.
- Buat fresh articles dan masukkan kedalam blog anda copy kembali dan masukkan kedalam laman web 2.0 yang anda daftar dan olah sedikit supaya articles tersebut lebih menarik dan pastikan link ke blog anda dimasukkan.
- Ping semua web 2.0 yang anda buat.
- Promosikan seperti rajah di atas.
- Lakukan berkali-kali step 4 dan 5.
Semoga post kali ini membantu. Aku nak teruskan siapkan kerja aku yang tertunda dan akan aku kongsikan kembali nanti. Doakan Aku berjaya.
0 comments:
Post a Comment