JURNAL BLOG

Rahsia dan tips menjadi Internet Marketer (IM)

Pakej Lengkap Vblog

Traffic, traffic dan traffic ke blog

Jurnal Blog

bercerita kisah

Traffic ke blog



Kalau hebat mana pun kita ini, dengan membuat tulisan-tulisan yang menikam, blog yang cantik, fitnah-fitnah yang terpuji tetapi mengapa masih boleh lagi diketegorikan sebagai seorang yang bernasib malang. Keluar wang untuk design template blog beratus-ratus. Hakikatnya, tiada traffic ke blog maka jadilah seperti kera sumbang. Gembira tak terkata dengan hasil kerja didalam blog tetapi tiada traffic ke blog yang masuk. Adapun cuma kawan-kawan rapat sahaja (mungkin). Maka segala masa, tenaga, wang ringgit yang anda peruntukkan menjadi sampah. Sia-sia belaka kerana traffic ke blog entah kemana-mana.

Tiada traffic ke blog. Ianya menjadi suatu perkara yang amat blogger takuti.Baik aku dan kamu semua. Perkara ini banyak dah diajar sebenarnya tetapi lama-lama jadi lupa. Manusia biasalah bak kata Mahathir "MELAYU MUDAH LUPA" kita ubah jadi "MANUSIA MEMANG PELUPA". Bila ditanya pasal SEO bagi newbie dia jawab " SEARCH ENGINE OPTIMIZATION "

  1. Untuk Apa? Newbie kata ranking... untuk dapat ranking.
  2. Ranking Apa? Pagerank la...
  3. Traffic ke blog macammana? Buat la promosi kat mana-mana..
  4. Jadi SEO itu untuk apa? Untuk bloglah, tak tahu sangat pun takpe. Janji selalu promote blog gerenti dapat traffic ke blog.
Inilah kata-kata seorang newbie apabila ditanya tentang traffic ke blog. Rata-rata semuanya minat dengan blog yang mereka buat. Hakikatnya ilmu masih cetek. Walaupun masih cetek tapi berbangga kononnya sudah mahir selok-belok menjadi seorang blogger. Didalam kepala dah pasang angan-angan nak jadi kaya sebagai blogger. Ilmu baru secawan sudah bangga macam sebalang.

Ok. Memang promosi blog itu penting. Promosi dan terus promosi. Itu teknik harian yang perlu dijadikan minat. Selain promosi SEO itu lebih penting dari promosi dalam menarik traffic ke blog. Jika niche dan keywords kita tentang "WANG" jadi dengan teknik apa harus kita lakukan untuk mendapat tempat terbaik di dalam Search Engine baik di Google, Yahoo dan lain-lain lagi.

Tiada teknik lain, selain kita perlu memahami terlebih dahulu SEO . Cara memilih niche dan keywords. Template yang friendly dengan Search Engine dan articles yang menepati ciri-ciri SEO. Dengan cara ini, blog kita mudah di indeks dan di baca oleh engine-engine pencari. Dipendekkan cerita kita akan mendapat traffic ke blog melalui cara ini. Dengan kata lainnya traffic ke blog secara offline.

Sebenarnya aku ingin memberikan anda semua sebuah e-book cara menarik traffic ke blog atau pun SEO kepada semua. E-book ini ditulis oleh pakar SEO sendiri iaitu Brad Callen yang bertajuk SEO Made Easy. Anda cuma perlu klik Mouse kanan anda dan save link As DiSINI . Simpan dan bacalah e-book ini. Jangan disimpan kerana tips untuk menjana Traffic Ke Blog ada di dalamnya. Brad Callen adalah pakar dalam SEO dan tidak dapat dinafikan.

Akhirnya, sebelum kita melangkah dengan lebih jauh ke dunia siber ini. Ketahuilah cara-cara untuk bertarung di dalam dunia ini. Moga kita tidak mati di dalam perjalanan.

Reblog this post [with Zemanta]

0 comments:

Post a Comment

Hosting Percuma Untuk Anda

Free Website Hosting

Jurnal Blog Post

Bookmark Page

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Subscribe in Bloglines

Add to My AOL

Followers