JURNAL BLOG

Rahsia dan tips menjadi Internet Marketer (IM)

Pakej Lengkap Vblog

Google Hot Trends

Paid-To-Promote.Net Bukan Scam

Berjumpa lagi kita setelah lama saya menyepi dalam menulis. Disini hari ini saya ingin kongsikan satu Program yang ternyata ianya tidak scam. Saya telah 2 kali menerima bayaran dari Paid-To-Promote.Net .

Get paid To Promote at any Location



Caranya amat mudah. Adda hanya perlu membuat satu blog yang mempunyai traffic yang datangnya dari US, Canada dan Uk. Secara mudahnya blog yang mendapat trafic dari 3 negara tersebut adalah blog bertemakan music, film dan tv series. Promote blog anda di youtube, digg dan mcm2 lagi.


1]Daftar di Paid-To-Promote.Net

2] Masukkan iklan
Paid-To-Promote.Net di Blog anda.

3] Kemudian buatlah traffic sepuas-puasnya... hehehehe..

4] Jangan lupa promote link
Paid-To-Promote.Net anda pula.

Di entri yang lain saya akan kongsikan bagaimana teknik saya lakukan untuk mendapat 10USD seminggu dengan Paid-To-Promote.Net .

Untuk pengetahuan anda, Paid-To-Promote.Net membayar 2 kali sebulan dan tiada had maksimun yang perlu. Jadi jika anda mendapat 2usd atau hanya 0.50usd
Paid-To-Promote.Net akan tetap membayar ke dalam akaun paypal anda.

Selamat mencuba.


Site Promote Blog Anda

Hari ini aku ingin sangat-sangat kongsi site-site ini dengan anda. Kenapa?

Bagi mereka yang cari makan dengan CPA atau pun Affiliate site yang dipaparkan ini adalah tempah anda untuk menaikan ranking di Google. Ini adalah salah satu teknik yang saya guna pakai.
Saya kongsikan bersama anda.

Sharing is Caring



----------------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam jurnal kali ini Saya menunjukkan hasil CPAlead saya setakat 14 hari dibulan 9 ini.



Ikutilah tips-tips dari aku di post yang akan datang.

Scam Lagi ???

Jumpa lagi kita semua. setelah tidak berapa sibuk dengan urusan Vblog. Dengan kesempatan yang ada ini bolehlah menulis sedikit tentang masalah penggali-penggali duit di Internet ini.

Internet mula menjadi sumber pendapatan kedua kepada ramai rakyat Malaysia kini. Tak kira apa bangsa janji 1Malaysia + Malaysia boleh semua dah mula pandai godek-godek ruang siber cari makan sikit-sikit. Tak kisahlah apa pun sekali bidang janji masyuk!!!!

Tapi semakin ramai yang tumbuh, makin ramai pulak yang cuba melakukan scam . Apa tu scam Rizal? Aku jawab >>>>

SCAM adalah penipuan diinternet oleh mereka yang ingin mengaut keuntungan mudah di internet dengan membina website yang menarik netter untuk mendaftar sekaligus melabur wang mereka. Sesiapa yang sudah terkena tu taulah apa dia SCAM. Bagi yang tidak pernah terkena - berhati-hatilah.SCAM antara penyebab orang ramai takut dengan perniagaan di internet.

penerangan scam yang diambil dari tip saudara Irfan Khairi.

Rupanye Ifran yang jawab..ngeh3x...



Aku mula-mula masuk dunia ni banyak terkena dengan Scam. Habis gaji aku di makan oleh mereka-mereka yang tak bertanggungjawab ni. Tak tau dose ke???

Oleh itu kalau anda baru bermula atau baru nak cuba-cuba jangan la ambil mudah tentang sesuatu perkara iaitu bab duit. Jangan sewenang-wenangnya kita beli atau membayar satu product tanpa kita membuat kajian terlebih dahulu.

Langkah-langkah jika nak beli jugak

1. Selidik dulu siapa penjual product tersebut. (pergila ke laman-laman forum dan bertanya. Salah satu laman forum yang aku minat ialah Wang Siber. Macam-macam info ada di situ.)

2. Baca syarat dan TOS kemudian faham betul-betul tau.

3. Cari product yang boleh direfund kembali. Senang kalau kita tak puas hati dengan barang yang kita beli tu.

4. Jangan mudah percaya dengan pujuk rayu penjual ek.

tips ini aku kongsi sikit-sikit je. Kalau nak tau lebih seach la kat google banyak cerita pasal scam ni. Jangan la kita menjadi mangsa penipu-penipu ini.

-------------------------------------------------------------------------------------

Berkaitan jurnal aku hari ini salah satu sumber pendapatan di Vblog aku semakin Alhamdulillah.
Syukur pada Allah. Genap 10 hari di bulan 9, aku telah berjaya mengumpul 213.87 usd.



Dapatkan lah Vblog dari Alang anda akan dapat seperti apa yang aku dapat ini, insyaallah.

Jumpa lagi di lain masa.

Video Blog Menghasilkan USD



Video Blog Menghasilkan USD. Memang itulah yang dapat saya katakan. Saya memulakan percubaan dalan Vblog yang di jual oleh Alang .

Pada pemulaannya saya cuma mahukan bukti mendapat visitor 1000 sebulan dan saya berjaya mendapat 1500 traffic hanya dalam masa 3 hari selepas laman web saya dibina. Memang hebat.

Saya boleh buat banyak duit dengan kehadiran traffic yang banyak itu. Malangnya google adsense tidak menerima pemohonan dari video blog. Tetapi Ada yang lebih baik adsense... Apa tu???

Anda semua pernah dengar CpaLead.com?. Saya tunjukkan sedikit pendapatan saya dari CpaLead.com.


Anda bayangkan saya baru dalam CpaLead.com dan berjaya membuat pendapatan yang macam ni. Macam ni penuh la kocek saya setiap bulan. Bulan 9 sehaja saya sudah yang baru 4 hari saya sudah berjaya mendapat $130.83 . Bukan inikah yang dikatakan sebagai mesin Wang di internet?

Memang saya memberi 10 bintang kepada E-book Vblog Alang ini. Anda belum pernah merasa Duit Internet, cubalah beli E-book Vblog Alang dan anda akan tersenyum setiap bulan. Lupa Affiliate dan google adsense buat sementara mari kita semua membuat pendapatan dengan Vblog . Semuanya terbukti.

Sila lawat Vblog saya di NetFreeTV untuk mengetahui apa itu Vblog. Sampai jumpa lagi.

Traffic, traffic dan traffic ke blog

Jurnal Blog

bercerita kisah

Traffic ke blog



Kalau hebat mana pun kita ini, dengan membuat tulisan-tulisan yang menikam, blog yang cantik, fitnah-fitnah yang terpuji tetapi mengapa masih boleh lagi diketegorikan sebagai seorang yang bernasib malang. Keluar wang untuk design template blog beratus-ratus. Hakikatnya, tiada traffic ke blog maka jadilah seperti kera sumbang. Gembira tak terkata dengan hasil kerja didalam blog tetapi tiada traffic ke blog yang masuk. Adapun cuma kawan-kawan rapat sahaja (mungkin). Maka segala masa, tenaga, wang ringgit yang anda peruntukkan menjadi sampah. Sia-sia belaka kerana traffic ke blog entah kemana-mana.

Tiada traffic ke blog. Ianya menjadi suatu perkara yang amat blogger takuti.Baik aku dan kamu semua. Perkara ini banyak dah diajar sebenarnya tetapi lama-lama jadi lupa. Manusia biasalah bak kata Mahathir "MELAYU MUDAH LUPA" kita ubah jadi "MANUSIA MEMANG PELUPA". Bila ditanya pasal SEO bagi newbie dia jawab " SEARCH ENGINE OPTIMIZATION "

  1. Untuk Apa? Newbie kata ranking... untuk dapat ranking.
  2. Ranking Apa? Pagerank la...
  3. Traffic ke blog macammana? Buat la promosi kat mana-mana..
  4. Jadi SEO itu untuk apa? Untuk bloglah, tak tahu sangat pun takpe. Janji selalu promote blog gerenti dapat traffic ke blog.
Inilah kata-kata seorang newbie apabila ditanya tentang traffic ke blog. Rata-rata semuanya minat dengan blog yang mereka buat. Hakikatnya ilmu masih cetek. Walaupun masih cetek tapi berbangga kononnya sudah mahir selok-belok menjadi seorang blogger. Didalam kepala dah pasang angan-angan nak jadi kaya sebagai blogger. Ilmu baru secawan sudah bangga macam sebalang.

Ok. Memang promosi blog itu penting. Promosi dan terus promosi. Itu teknik harian yang perlu dijadikan minat. Selain promosi SEO itu lebih penting dari promosi dalam menarik traffic ke blog. Jika niche dan keywords kita tentang "WANG" jadi dengan teknik apa harus kita lakukan untuk mendapat tempat terbaik di dalam Search Engine baik di Google, Yahoo dan lain-lain lagi.

Tiada teknik lain, selain kita perlu memahami terlebih dahulu SEO . Cara memilih niche dan keywords. Template yang friendly dengan Search Engine dan articles yang menepati ciri-ciri SEO. Dengan cara ini, blog kita mudah di indeks dan di baca oleh engine-engine pencari. Dipendekkan cerita kita akan mendapat traffic ke blog melalui cara ini. Dengan kata lainnya traffic ke blog secara offline.

Sebenarnya aku ingin memberikan anda semua sebuah e-book cara menarik traffic ke blog atau pun SEO kepada semua. E-book ini ditulis oleh pakar SEO sendiri iaitu Brad Callen yang bertajuk SEO Made Easy. Anda cuma perlu klik Mouse kanan anda dan save link As DiSINI . Simpan dan bacalah e-book ini. Jangan disimpan kerana tips untuk menjana Traffic Ke Blog ada di dalamnya. Brad Callen adalah pakar dalam SEO dan tidak dapat dinafikan.

Akhirnya, sebelum kita melangkah dengan lebih jauh ke dunia siber ini. Ketahuilah cara-cara untuk bertarung di dalam dunia ini. Moga kita tidak mati di dalam perjalanan.

Reblog this post [with Zemanta]

Web 2.0 - Kegunaan Dalam Pemasaran

Teknik menggunakan Web 2.0



Hari ini aku ingin bercerita tentang Web 2.0. Walau pun ianya tidak secara detail tetapi bagi aku cukup sekadar anda semua memahami apa konsep sebenar Web 2.0 dan kegunaannya dalam pemasaran dalam dunia internet ini.

Baru sebentar tadi aku mendaftar di laman web 2.0 hubpages, zimbio dan squidoo. Semua ini penting dalam memulakan teknik dan tektik pemasaran. Bagaimana web 2.0 ini membantu dalam pemasaran kita nanti?

Ok, soalan itu mungkin berlegar-legar di setiap kotak fikir bagi mereka yang tidak mengetahui. Banyak persoalan yang akan timbul. Kenapa? Mengapa? Bagaimana?

Secara ringkasnya, Laman ini membantu kerana laman seperti Squidoo dan Hubpages mempunya komunitinya yang tersendiri ibarat laman sosial yang hebat iaitu Facebook. Malah Facebook itu juga tergolong dalam laman web 2.0. Dan untuk kita bertanding didalam ranking seach engine akan menjadi lebih mudah jika kita menggunakan laman web 2.0 ini. Penting diingatkan anda semua harus linkkan laman promosi anda atau laman blog anda ke dalam setiap laman web 2.0 yang anda promosi atau publishkan.

Mengapa perlu link ke laman blog kita?

Jawapannya mudah, ini kerana kita mahukan backlinks ke laman blog kita bertambah dan di indeks oleh search engine dengan lebih mudah. Jadi dengan cara ini kita akan mendapat traffic yang unic dan memang benar-benar mencari niche ataupun keyword tersebut. Mudah bukan.

Ok. Sila perhati gambarajah di bawah ini. Moga anda akan lebih memahaminya.

Cara promosi yang berginilah yang dilakukan oleh semua Internet Marketer. Nampak mudah, tetapi mungkin sukar bagi yang newbie seperti aku ini. Diingatkan sekali lagi pastikan articles tentang niche dan keywords yang anda buat itu Fresh dan tidak copy paste. Cari maklumat tentang niche dan keywords yang anda buat itu dulu. Pastikan articles anda itu benar-benar hebat dan menarik. Sesuatu yang cantik dan menarik itu sangat diminati oleh orang ramai.

Kesimpulan

  1. Belajar apa itu web 2.0 dan pastikan anda memahami terlebih dahulu.
  2. Daftar sebanyak mana dengan laman web 2.0 yang ada, terutamanya yang memiliki pagerank yang tinggi.
  3. Buat fresh articles dan masukkan kedalam blog anda copy kembali dan masukkan kedalam laman web 2.0 yang anda daftar dan olah sedikit supaya articles tersebut lebih menarik dan pastikan link ke blog anda dimasukkan.
  4. Ping semua web 2.0 yang anda buat.
  5. Promosikan seperti rajah di atas.
  6. Lakukan berkali-kali step 4 dan 5.

Semoga post kali ini membantu. Aku nak teruskan siapkan kerja aku yang tertunda dan akan aku kongsikan kembali nanti. Doakan Aku berjaya.




Reblog this post [with Zemanta]

Affiliate Program Yang Sesuai

Jurnal Blog - Affiliate Program




Hari ini aku membuat carian Affiliate Program mana yang sesuai dengan niche dan keywords yang aku cari. Setelah diperhatikan komisen dan tahap kepercayaan orang ramai dengan produk dan Affiliate Program yang sesuai barulah aku merangka strategi yang bersesuaian dengan produk yang hendak aku promosikan.

Caranya mudah. Jika anda ingin promosikan sesuatu produk E-Book tempat Affiliate Program yang sesuai anda join adalah ClickBank, Cj or AffiliateBOT. Jika anda hendak promosikan barangan fizikal anda joinlah Google Affiliate, Ebay Partner or Amazon Partner.

Cari produk yang bersuaian dengan Niche dan keywords yang hendak anda promosikan dan pastikan anda tahu cara untuk promosikan. Jika tidak mahir dalam SEO ataupun dalam menarik traffik ke laman promosi anda maka saya syorkan anda pelajari kemahiran tersebut terlebih dahulu. Banyak lagi cara-cara promosi yang perlu anda tahu. Jika ingin berjaya dalam internet Marketer anda perlu tahu semua ini.

Sebagai seorang newbie dan anda tidak tahu tentang semua itu, tidak mengapa. Didalam post yang akan datang akan saya letakkan download link E-Book yang perlu anda baca untuk menjadi seorang Internet Marketer. Semua ini saya beri percuma sahaja. Anda cuma klik dan download.
Tunggu post saya yang akan datang dan saya sisipkan E-Book - E-Book penting yang newbie harus tahu.

Saya tidak mahu berceloteh panjang. Sudah semalaman saya tidak lena semasa membuat researh keyword dan niche. Saya undur diri untuk hari ini. Kita jumpa di post-post yang akan datang. Ikutilah jurnal saya ini. Sebagai seorang newbie Internet Marketer.

Jurnal Blog - Affiliate Program



Reblog this post [with Zemanta]

I Was Sick - Demam

Today i'm not do some works.

Tanpa diduga hari ini aku demam. Jadi aku rasa perlu berehat sedikit. Aku cuma melakukan sedikit carian tentang keywords dan niche.

Aku banyak menghabiskan masa dalam memilih dan membuat kajian tentang niche dan keyword. Rupanya dalam aku tidak sedar aku telah mengambil banyak masa tentang dua perkara ini. Akhirnya aku mendapat satu niche yang baik. Niche tersebut mempunyai banyak sponsor dan kurang persaingan.

Aku tidak dapat berkongsi keywords dan Niche tersebut hari ini atau mungkin tidak dikongsi terus atas alasan tidak mahukan persaingan dalam jurnal ini. diharap anda semua memahaminya.

Esok aku akan memulakan tujaan aku dan aku kongsikan didalam jurnal ini.

P/s: dalam demam pun masih boleh menulis....

Nota Sebelum Bermula.


Jurnal Blog Hari Kedua


Adakah Aku sesegar Pucuk ini???



Hari ini aku melakukan sedikit kajian asas tentang keyword, niche, SEO serta sedikit taktik bertindak. Bagi mereka yang belum ikuti Jurnal pertama aku baca notanya di sini. Aku masih lagi membaca Pdf 36 Niche dan mencari apa yang mudah bagi aku bertindak.
Aku juga ada membuat beberapa nota sebelum bermula dan aku senaraikan di bawah ini.

Membuat research Keyword dan Niche
1) Perkara penting sebelum memulakan battle ( hehehe)
2) Mengguna search google sebagai kawan, Quantcast
3) Mencari words or articles dan di edit sehingga baik dan hebat sebagai post.

Alat penting yang aku tiada.
1) Aku tidak ada domain dan hosting sendiri. ( Jadi aku terpaksa menggunakan blogger sebagai Capture Page Landing.)

Clickbank tempat mencari produk jualan.
1) Aku sudah berdaftar dengan clickbank.
2) Perlu mencari dan membuat research produk yang baik dan dijadikan asset didalam capture page nanti.

Google adsense sumber PPC
1) Menggarapkan semua iklan di dalam web 2.0 nanti.
2) Menjadi sumber yang penting dalam $ selain jualan produk Clickbank.

Web 2.0 sebagai rakan capture page
1) Squidoo
2) Hubpages
3) Wetpaint
4) Zimbio
5) Gatherpage
6) Quizilla
7) Blinkweb
8) Vox
9) Live Journal
10) Wordpress.com
11) Blogger

Semua laman Web 2.0 ini akan memberi link ke Capture Page Produk. ( bagaimana ianya berfungsi ikuti jurnal blog ini )

Senjata Yang bertindak seterusnya
1) Bookmaking Sosial (anda sendiri ketahui seperti propeller, digg, dll)
2) directories submitter
3) pingoat ( paling penting dalan sendicate RSS)
4) RSS ( feedbunner, dll)
5) Comment ke blog same niche ( get link faster)


Semua tujuan diatas ini adalah perancangan aku untuk mendapat tempat di ranking top-ten Search Google dan lain-lain.

Ikuti perkembangannya Jurnal ini di dalam laporan Jurnal Blog post seterusnya.

Jurnal Blog Ku Bermula

Jurnal Blog Hari Pertama



Ini adalah jurnal blogku. Setiap apa yang aku lakukan dalam strategi mengejar, promosi, rank, strategi semuanya aku catatkan disini. Walau pun ianya peribadi tetapi ini adalah Jurnal Blogku dan segala hasil aku catatkan disini untuk menilai prestasi dan tahap diri dalam mengejar cita-cita sebagai IM (Internet Marketier).

Jurnal blog bermula hasil dari kelas online #imremarkable oleh Howie dan Jurnal blog ini penting untuk aku menilai tahap prestasi diri dalam memulakan perjuangan sebagai seorang IM (Internet Marketier) REMARKABLE.

Tool yang Howei beri walaupun katanya cuma 1% dari 100% adalah berguna bagi aku.
Disenaraikan tool tersebut :-

1) The report that started it all: "36 Niches"
http://clicks.aweber.com/y/ct/?l=OoX4V&m=1etywt6seztZm4&b=wk4HeXt9glrGxd9Sk7f3lA

2) My 2 Niche Drill Downs & Success Video:
http://clicks.aweber.com/y/ct/?l=OoX4V&m=1etywt6seztZm4&b=Ubt7iHVIePxsgDEITk0LZA

3) 3 Marketing tools (Squidoo, Google, Blogs)
http://clicks.aweber.com/y/ct/?l=OoX4V&m=1etywt6seztZm4&b=m3QL7k0NeE12Lr0i7ONK_w

4) 3 MORE Marketing tools! (Hubpages, Video)
http://clicks.aweber.com/y/ct/?l=OoX4V&m=1etywt6seztZm4&b=211klol2XhKabklDwuFMMg

5) IM Remarkable Challenge:
http://clicks.aweber.com/y/ct/?l=OoX4V&m=1etywt6seztZm4&b=oueE3vV56.l7JZIOEs2aaw

6) MORE training our our "Challenge" Blog
http://clicks.aweber.com/y/ct/?l=OoX4V&m=1etywt6seztZm4&b=MH6t21DI6e81t0HQRddbaA

7) And of course our 90 minute LIVE replay:
http://clicks.aweber.com/y/ct/?l=OoX4V&m=1etywt6seztZm4&b=qVzegjSgjlw6a3qTnlR1ow

laman twitter #imremarkable

Aku kena fokus dalam mencapai target 3 bulan pertama mendapat income usd 100 yang pertama.

Semoga Jurnal Blog ini berguna dan memberi ilmu.





Reblog this post [with Zemanta]

Hosting Percuma Untuk Anda

Free Website Hosting

Jurnal Blog Post

Bookmark Page

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Subscribe in Bloglines

Add to My AOL

Followers